BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 21, 2011

10 Malam Terakhir


sedar tak sedar kita dah masuk 10 malam terakhir ramadhan pada tahun ini.. sangat cepat masa berlalu, ada sesetengah tidak sempat untuk merasa nikmat ramadhan..
pada puasa tahun ini aku berangan-angan menghabiskan malam-malam 10 akhir ramadhan dengan beribadat kepada ALLAH s.w.t. Alhamdullillah dengan berkat kuasa Allah s.w.t, Dia memberi peluang untukku tidak uzur,sekarang bergantung padaku untuk merebut peluang yang Allah berikan itu.
malam 20: pengisian agak kurang .. aku hanya smbyg terawih, mengaji al-quran dan hanya sempat melakukan bbrapa solat sunat kerana bagun kul 5.00 am
malam 21: pengisian agak cemerlang, selepas terawih, menghadiri ceramah oleh salah seorg juri Iman Muda 2, mengaji al-quran n bagun kul 3.00 melengkapkan sisa-sisa malam bersama ALLAH s.w.t
malam 22: agak mengecewakan, aku hilang arah semasa solat terawih tadi.. ntah kenapa kepala otak dok fikir pasal duniawi, harap2 1/2 malam ni aku dapat menebus kesilapan yg aku buat tadi

moral: harapan yang tinggi untuk ramadhan pada kali ini, untuk bertemu dengan malam lailatul qadar dan berharap diri ini tidak akan lalai untuk mengerjakan tuntutan Allah s.w.t :)

Wednesday, August 3, 2011

perjalanan hidup

Hampir setahun telah berlalu tetapi bayangannya dan baunya masih dalam ingatan dan nafasaku.. sesungguhnya rasa rinduku semakin membuak-buak pada bulan ramadhan ini, masyallah aku sangat rindukan rumah ALLAH s.w.t..
setahun yg lepas, pertengahan tahun sebelum menjejak kaki ke tanah suci, dugaan demi dugaan aku lalui, ditinggalkan org yg aku sayangi dengan alasan bodoh, dalam masa sebulan 2 kali aku kemalangan yg hampir meragut nyawa, result paraktikalku yang mengecewakan, saat itu seakan-akan aku hilang pedoman, hidupku ditemani air mata malah pernah terfikir untuk bunuh diri (astragfruallahhalazim begitu cetek iman aku, hanya ALLAH ampun dosaku), saat buntu itu, aku diberi jalan oleh ALLAH untuk mendekatinya dengan menjemputku ke rumahnya (syukur Alhamdullialh)
perancangan untuk pergi ke tanah suci hanya dalam sekelip mata, aku hanya menyuarakan hajat untuk pergi ke rumah ALLAH pada mama,

alhamdullilah dalam masa 2 minggu segala urusan di selesaikan, pada 8 ogos 2010 kami sekeluarga bertolak ke mekkah.Tidak terucap dengan kata-kata, tidak tercapai oleh akal anugerah yang Allah kurniakan padaku, saat pertama melihat Kaaba sujud syukur n deraian air mata mengenangkan kesmpatan yg diberikan oleh-Nya walaupun aku ini hambanya yng sangat hina... hentian dari Madinah Menuju Ke Mekkah

Alhamdullilah, semuanya dpermudahkan oleh-Nya, walaupun cuaca di sana hampir mencecah 55 darjah celcius, bahang kepanasan tidak terasa.. kemudahan yg disediakan sangt bagus.. yg penting org Arab sgt Kaya he2..
23/8/2011 mama,papa n adikku mendapat seruan untuk kerumah ALLAH, sedihnya aku tidak dijemput oleh-Nya kerana aku ada tanggungjawab untuk diselesaikan.. betul kata mama, walaupun ada duit tidak semestinya kita dapat menjejak ke rumah ALLAH , kerana untuk kesana ia dijemput oleh tuannya iaitu ALLAH. Aku mohon agar masalah kekangan waktu aku ini akan dapat diatasi dan sentiasa dijemput oleh ALLAH kerumahnya kembali untuk mempebaharui akahlak dan akidahku sesungguhnya manusia cepat lupa, dan aku berdoa agar umat nabi MUHAMMAD bukan tergolong daripada umat yang rugi .. AMIN
24 jam berpuasa, akhirnya kami berbuka puasa di airport jeddahmasjid al-Nabawi di madinah :), hotel sebelah masjid jer he3
bergambar selepas sae'i , lepas ni nak peri gunting rambut .. muka penat tp masih tersenyum, itulah nikmat ALLAH.. sempurna umrah pertamakutak sangka aku mampu tersnyum kembali :)bertapa ramai umatnya mengejar pahala malam lailatul qadar :)mama n papa penguat semangatku, semua peristiwa yaang ku lalaui merupakan satu hikmah, malah aku tidak pernah berdendam apatah lagi membenci kerana ia merupakan satu proses yg perlu aku lalui untuk menjadi matang, hanya kerdhoan daripadaNya mampu membuat insan bergembira.. buat mama n papa tq kerana terapakan nilai agama seawal usia kak long :)