sedar tak sedar kita dah masuk 10 malam terakhir ramadhan pada tahun ini.. sangat cepat masa berlalu, ada sesetengah tidak sempat untuk merasa nikmat ramadhan..
pada puasa tahun ini aku berangan-angan menghabiskan malam-malam 10 akhir ramadhan dengan beribadat kepada ALLAH s.w.t. Alhamdullillah dengan berkat kuasa Allah s.w.t, Dia memberi peluang untukku tidak uzur,sekarang bergantung padaku untuk merebut peluang yang Allah berikan itu.
malam 20: pengisian agak kurang .. aku hanya smbyg terawih, mengaji al-quran dan hanya sempat melakukan bbrapa solat sunat kerana bagun kul 5.00 am
malam 21: pengisian agak cemerlang, selepas terawih, menghadiri ceramah oleh salah seorg juri Iman Muda 2, mengaji al-quran n bagun kul 3.00 melengkapkan sisa-sisa malam bersama ALLAH s.w.t
malam 22: agak mengecewakan, aku hilang arah semasa solat terawih tadi.. ntah kenapa kepala otak dok fikir pasal duniawi, harap2 1/2 malam ni aku dapat menebus kesilapan yg aku buat tadi
moral: harapan yang tinggi untuk ramadhan pada kali ini, untuk bertemu dengan malam lailatul qadar dan berharap diri ini tidak akan lalai untuk mengerjakan tuntutan Allah s.w.t :)
Sunday, August 21, 2011
10 Malam Terakhir
Posted by jemari manis at 7:31 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment